Assalamualikum….
Jom layan gambar orang-orang Syiah semasa menyambut hari Asyura….
Dahsyat dan Mengerikan….
Berhati-hatilah dengan ajaran Syiah yang semakin tersebar di negara kita…..

Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas
 Sunnah Rasulullah S.A.W Vs Sunnah Syiah
Disunatkan berpuasa 9 Muharram bersama dengan 10.
Daripada Ibnu Abbas berkata; “Ketika Nabi berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan agar berpuasa, Sahabat berkata; “Ya Rasulullah sesungguhnya ia adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasrani. Nabi bersabda; “Maka jika tahun akan datang insyaallah kita akan berpuasa Tasyua’ (9 Muharram)”. Ibnu Abbas berkata : “Maka belum sempat datang tahun hadapannya kecuali Rasulullah telah wafat”. Hadis riwayat Muslim (1916).
Imam Syafie, Ahmad, Ishak dan lain-lainnya berkata; “Disunatkan berpuasa Tasua’ dan Asyura bersama kerana Nabi berpuasa pada 10 Muharam dan telah berniat untuk berpuasa 9 Muharam”.
Atas dasar ini maka berpuasa Asyura ada tingkatannya; yang paling kurangnya ialah berpuasa pada hari Asyura sahaja, lebih baik daripada itu ialah berpuasa 9 dan 10 Muharram. Dan setiap kali bertambahnya puasa pada bulan Muharram maka ianya adalah lebih baik dan afdhal.

Hikmah disunatkan puasa 9 Muharam;
Imam An-Nawawi berkata:” Para ulama dikalangan Sahabat kami (Syafieyyah) dan selain mereka menyatakan tentang hikmah berpuasa Tasua’ (9 muharam) dengan beberapa wajah;
1) Ianya adalah bertujuan menyalahi Yahudi (tidak sama dengan mereka) ketika hanya berpuasa Asyura sahaja.
2) Adalah bertujuan menyambung puasa Asyura dengan puasa seperti larangan Nabi berpuasa pada hari Jumaat semata-mata. Ini disebutkan oleh Al-Khattobi dan ulama-ulama lain.
3) Sebagai langkah berjaga-jaga ketika kita berpuasa Asyura, yang mungkin ditakuti kurang sehari anak bulan. Maka akan berlaku kesilapan hari ketika berpuasa. Maka boleh jadi puasa 9 Muharram itu adalah yang sebenarnya 10 Muharram”.
Akan tetapi wajah yang paling kuat adalah yang pertama. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan; “Nabi Muhammad Alaihi Solatu Wassalam telah melarang daripada menyerupai Ahli Kitab dalam hadis-hadis Baginda yang banyak seperti dalam sabda Baginda tentang Asyura; “Jika aku hidup pada tahun hadapan maka aku pasti berpuasa Tasua’ (9 Muharram). Al-majmuk al-kubra.
Daripada Ibnu Abbas beliau berkata; “Telah berkata Nabi Muhammad :”Berpuasalah pada hari Asyura (10 Muharram), dan selisihilah Yahudi (jangan menyerupainya), berpuasalah sebelumnya sehari ataupun selepasnya sehari”. Hadis riwayat Ahmad (1/241) Ibnu Huzaimah (2095) dan Al-Baihaqi.

Apakah hukum berpuasa Asyura sahaja?
Syeikhul Islam berkata; “Berpuasa pada hari Asyura adalah kaffarah (pengampunan) setahun dan tidak dimakruhkan mengifradkannya dengan puasa (puasa asyura sahaja). Al-Fatawa al-Kubra.
Ibnu Hajar Al-Haithami dalam Tuhfatul Muhtaj bab puasa sunat berkata; “Dan puasa Asyura tidak mengapa berpuasa pada hari itu sahaja”. Selamat berpuasa, Wallahu a’lam.