Sabtu, 25 Ogos 2012

Syiah Sesat


Berikut adalah penjelasan hukum syarak terhadap Syi’ah Rafidah oleh Syeikh al-Imam Muhammad bin Abdul Latif Al Syeikh –rahimahullah- [wafat: 1368 Hijrah] :
“Adapun hukum Rafidah –pada apa yang telah lalu- maka Syeikhul Islam Ibn Taimiah berkata dalam al-Sarimul Maslul: ‘Barangsiapa yang mencela para Sahabat atau salah seorang daripada mereka dan disertai dengan celaan itu dakwaan Jibril tersalah memberikan risalah (wahyu) maka tidak syak pada kufurnya dia bahkan tidak syak juga pada kufurnya orang yang teragak-agak akan kekufurannya. Barangsiapa yang menuduh ‘Aisyah dengan perkara yang Allah telah bebaskan beliau daripadanya (zina) maka tiada perselisihan pada kufurnya dia –sehingga beliau (Ibn Taimiah r.h) berkata- : Adapun orang yang melaknat dan memburukkan yakni para Sahabat radiallahu’anhum, maka padanya ada khilaf adakah dia dihukum kafir atau fasiq?[1] Imam Ahmad bertawaqquf (mendiamkan diri) daripada mengkafirkannya dan berkata: “Dia dihukum dengan dirotan dan dipenjarakan sehingga dia mati atau sehingga dia bertaubat”.


Beliau berkata lagi (yakni Ibn Taimiah) rahimahullah: Adapun sesiapa yang beriktiqad bahawa para Sahabat telah menjadi murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w kecuali beberapa jumlah yang kecil sahaja daripada mereka (tidak murtad) tidak sampai beberapa belas orang dan bahawa para Sahabat menjadi fasiq (setelah wafatnya Nabi s.a.w) maka tidak ada keraguan lagi pada kufurnya orang yang berkata sebegini bahkan tidak ada syak pada kufurnya orang yang tidak mengkafirkannya”[2]. [selesai perkataan beliau, rahimahullah].
Maka ini adalah asal hukum orang-orang Rafidah, adapun keadaan mereka sekarang ini , maka lebih jelek dan lebih teruk lagi kerana mereka menambah selain daripada itu (mencela Sahabat): Sikap ghuluw (berlebihan) terhadap para Wali dan orang-orang solih daripada Ahli Bait dan selain mereka, mereka beriktiqad bahawa mereka ini (Ahli Bait dan wali-wali) mempunyai kuasa memberi manfaat dan mudarat, dalam keadaan susah dan senang, dan mereka menganggap itu sebagai amalan yang medekatkan mereka kepada Allah dan agama yang mereka berpegang dengannya[3].

Maka barangsiapa yang teragak-agak akan kufurnya mereka dalam keadaan mereka seperti ini dan ragu-ragu (akan kufurnya mereka) maka dia adalah seorang yang jahil akan hakikat agama yang dibawa para Rasul dan turun berkenaannya kitab-kitab,  maka hendaklah dia menyemak semula agama dia sebelum sampai kematiannya….”[4]
Kemudian kata Imam Muhammad bin Abdul Latif rahimahullah lagi:
“Adapun semata-mata memberi salam kepada Rafidah, bersahabat dengan mereka, dan bergaul dengan mereka beserta iktiqad bahawa mereka adalah kafir dan sesat maka tindakan ini adalah mengundang bahaya yang besar, dosa yang sangat berat, ditakuti atas pelakunya mati hatinya dan menjadi terbalik (kepada kufur)…”[5]
[rujuk: al-Durar al-Saniah fil Ajwibah al-Najdiah, Jil. 8, m.s 450 & 451].

Apa yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Latif rahimahullah ini adalah berdasarkan apa yang telah disepakati Ulama Salaf rahimahumullah bahawa wajib kita berlepas diri daripada Ahli Bidaah dan kaum Kafir.
Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [Ali ‘Imran: 118].

Firman Allah Ta’ala:
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَداً حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; Kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara Kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata…” [al-Mumtahanah: 4].

Kata Imam Abu Usman al-Shabuni rahimahullah:
“Mereka (Ahlus Sunnah) membenci ahli bid’ah yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama, tidak mencintai dan tidak bersahabat dengan mereka, tidak mendengarkan ucapan-ucapan mereka, tidak duduk di majlis mereka, tidak berdebat serta tidak bertukar fikiran dengan mereka.” [Akidah Salaf Ashabul Hadis].

Jika ini sikap para Ulama Salaf terhadap Ahli Bidaah, bagaimana pula mereka dengan kaum musyrikin munafiqin seperti Rafidah??!! Tentulah lebih dahsyat lagi, tidak mungkin kaum Salaf berkasih-sayang dengan kaum Rafidah apatah lagi hendak menjadikan mereka sebagai “pejuang Islam” dan “Khalifah kaum muslimin”.

Wallahu Waliyyut Taufiq wal Hidayah.

Oleh;
Muhammad Asrie bin Sobri
Uni Islam Madinah al-Nabawiah, KSA

Kenali di mana mereka berselindung di Malaysia?

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
Kepimpinan Ulama menjadi satu isu panas di meja politik negara baru-baru ini berikutan sesetengah golongan dalam PAS mahukan golongan Ulama sahaja yang memegang jawatan tertinggi parti.
Kepimpinan Ulama tidak pernah muncul dalam dunia Islam sehinggalah datangnya Syaitan Akbar, Khomeini, pemimpin Revolusi Iran dan Pope Syiah pertama dalam Republik Syaitan Iran. Khomeini dalam bukunya (di antara kitab-kitab yang terkufur dalam alam ini) al-Hukumah al-Islamiah (dibaca al-Hukumah al-Iblisiah) telah melontorkan idea Wilayatul Faqih atau Kepimpinan Ulama bagi menggantikan pemerintahan Monarki Syah Iran.
Antara bukti yang jelas bahawa Ulama bukanlah syarat untuk menjadi seorang pemimpin adalah firman Allah Taala:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلَّا تُقَاتِلُوا قَالُوا وَمَا لَنَا أَلَّا نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِنْ دِيَارِنَا وَأَبْنَائِنَا فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْا إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ (246) وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوا أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (247)
Maksudnya: “tidakkah engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang yang zalim. dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.”. [al-Baqarah: 246-247].
Jelas dalam ayat ini, walaupun Bani Israel selepas kewafatan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s mempunyai Nabi yang menjaga mereka dalam urusan agama dan memberikan mereka fatwa dalam ‘Nawazil’ (Perkara Baharu yang tidak dinyatakan secara jelas dalam nas) namun Allah Taala telah melantik Talut seorang lelaki miskin sebagai Raja kepada Bani Israel untuk memimpin mereka berjihad. Jika seorang Nabi pun tidak menjadi syarat untuk menjadi pemimpin apatah lagi seorang ulama yang tidaklah maksum daripada kesalahan dan dosa.
Tidak dinafikan terdapat dalam kalangan Rasul dan Nabi yang menjadi raja, namun perlu difahami bahawa sifat kenabian seorang Nabi atau kerasulan seorang Rasul bukanlah suatu kedudukan yang membolehkannya memonopoli jawatan kepimpinan untuk dirinya.
Dalam Siasah Islam, seorang pemimpin disyaratkan mempunyai pengetahuan dalam perkara hukum hakam syarak yang berkaitan namun tidaklah bermakna dia semestinya seorang pakar dalam bidang syarak sehingga mencapai tahap mujtahid, bahkan cukuplah sekadar dia mengetahui halal dan haram dan wajib atasnya melantik penasihat dalam urusan yang tidak dipakarinya.
Dalam ayat yang lain Allah Taala berfirman:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Maksudnya: “dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” [al-Taubah: 122].
Dalam ayat ini menjelaskan bahawa tugas utama seorang ‘Faqih’ adalah menyebarkan ilmu dan memberi nasihat kepada kaum mereka bukanlah semestinya mereka merebut jawatan kepimpinan untuk diri mereka semata-mata.
Demikian juga telah berlalu dalam kurun yang panjang kita menyaksikan tidak ada Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang mendakwa mereka lebih berhak menjadi Khalifah daripada selain mereka, bahkan Imam Ahmad bin Hanbal langsung tidak mendakwa kepimpinan al-Makmun sebagai tidak sah walaupun al-Makmun bukan sekadar tidak Faqih bahkan seorang yang rosak akidah kerana bidaah. Tidak ada dalam kalangan Imam Mazhab yang empat mahupun selain mereka yang mendakwa bahawa Wilayah Ammah (Kepimpinan Am) merupakan hak mereka.
Oleh itu, telah menjadi Ijmak bahawa Faqih bukanlah seorang yang boleh memonopoli jawatan Kepimpinan Am semata-mata atas tiket dia seorang Faqih atau Alim atau Tok Guru atau Mursyid atau Tok Lebai atau Tok Haji dan sebagainya.


SUMBER BERITA ASAL:http://insanberdakwah.blogspot.com/2012/07/syiah-sesat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan