Selasa, 17 Disember 2013

POLIS SYARIAH, Bolehkah Majlis Agama Negeri-Negeri Dipercayai?

December 14, 2013   ·   48 Comments
61377506089_295x200
JAKIM telah mengisytiharkan, telah mengenalpasti sejumlah 1500 orang pengikut tegar agama Syiah dengan tiga negeri sebagai tumpuan penyebaran dan amalan agama sesat tersebut iaitu Perak, Selangor dan Johor. Pengikut-pengikut Syiah itu akan didakwa di mahkamah kerana menyalahi undang-undang negara.
Sehubungan dengan itu, JAKIM memperhalusi cadangan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berhubung penubuhan POLIS SYARIAH membabitkan anggota-anggota PDRM. Polis Syariah akan berfungsi sebagai anggota-anggota penguatkuasa yang akan membantu mencegah ajaran sesat dan menyeleweng di negara ini.
Kedengarannya seperti sesuatu yang amat menarik dan memperlihatkan ketegasan pihak berkuasa syariah untuk memastikan maslahat umat Islam di Malaysia.
Cuma masalahnya ialah apabila Polis Syariah bakal diletakkan di bawah Majlis Agama Negeri memandangkan urusan dan hal ehwal agama Islam di negara ini merupakan kuasa Majlis Agama Islam Negeri. Majlis Agama Islam Negeri pula berada di bawah kuasa DYMM Sultan-Sultan Melayu manakala negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan, bidang kuasanya terletak di bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong.
Kita dapat melihat sendiri bagaimana Majlis Agama Negeri tidak sahaja gagal membendung ajaran sesat, bahkan untuk memberikan penjelasan dan pentarbiahan Islam kepada generasi muda juga gagal sama sekali. Walaupun tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri mungkin dikatakan terlalu besar dan sekatan utama adalah tenaga kerja, namun ramai yang mengetahui kebanyakan kakitangan Majlis Agama Islam terlalu cenderung kepada politik kepartian yang akhirnya menyebabkan mereka gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan.
Mungkin tuduhan tersebut terlalu berat dan tidak adil memandangkan bukan kesemua kakitangan Majlis Agama Islam berkelakuan begitu. Namun logiknya, ajaran salah yang menyesatkan tidak sahaja berkisar tentang ajaran seperti Syiah, Wahabi, tarikat-tarikat mengarut yang akhirnya mempertuhankan nafsu dan wang, tetapi juga ajaran dari parti politik yang mudah mentakfirkan atau mewujudkan pelbagai hukum hakam yang bertujuan untuk membolehkan sesuatu kumpulan atau parti politik diberikan kepercayaan, pengaruh dan kuasa.
Setakat ini, kita belum pernah lagi mendengar pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai Majlis Agama Islam memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan. Sebaliknya ada pula yang terlibat secara langsung dengan politik kepartian dan ianya tidak lagi menjadi satu rahsia apabila nama institusi turut digunakan untuk berkempen bagi meyakinkan umat Islam yang mendengar kempen-kempen mereka.
PDRM merupakan salah satu daripada entiti KDN yang mempunyai kuasa lebih besar kerana gelaran DIRAJA yang dimiliki oleh pertubuhan tersebut. Walaupun tidak berada di bawah kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong secara terus sepertimana Angkatan Tentera Malaysia, namun kuasa PDRM walaupun tidak lebih besar daripada mana-mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, namun mana-mana unit dari PDRM tidak sepatutnya diletakkan di bawah mana-mana Majlis Agama Islam Negeri. Sebaliknya Polis Syariah yang hendak ditubuhkan, perlu lebih bebas daripada kekangan protokol Majlis Agama Negeri sekaligus mewujudkan ketidakadilan, apatah lagi sekiranya terdapat penyelewengan akidah membabitkan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri sendiri.
Kuasa Polis Syariah perlu diperluaskan dan dipusatkan, walaupun kuasa hal ehwal agama Islam merupakan kuasa negeri. JAKIM sepatutnya tidak lepas tangan dalam hal ini sebaliknya JAKIM yang perlu sentiasa bekerjasama dengan PDRM dan Polis Syariah PDRM bukannya menjadikan Polis Syariah dan PDRM sebagai instrumen kerana pengakhiran daripada tindakan tersebut, hanya akan menambahkan lagi kekusutan, bukannya menyelesaikan masalah atau menjaga kemaslahatan umum.
Yang pasti, kewujudan Polis Syariah PDRM akan mencetuskan satu transformasi besar ke arah kehidupan syariah dan menyusul adalah tentangan daripada golongan seperti DAP dan sekutu-sekutunya menerusi pelbagai alasan dan dalih.

NURUL IZZAH TAK SETUJU SYIAH DIBANTERAS, PDRM KATANYA PATUT LEBIH TUMPU KEPADA JENAYAH BERAT!!!


Saturday, December 14, 2013

Bagi golongan liberal seperti Nurul Izzah yang cukup hebat berpakaian seperti orang Islam tetapi berhati sebenarnya lebih jahat berbanding serigala, agama bagi mereka hanyalah satu pilihan manakala akidah hanyalah kepercayaan kosong yang hanya digunakan untuk memenuhi masa lapang.

Kejayaannya mengkagumkan sebilangan besar golongan muda terutama sekali yang melihat Islam dari sudut pakaian dan aksesori, membolehkan Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, menusukkan jarum-jarum liberalisme secara lebih halus tetapi totok berbanding bapanya yang memang sudah terkenal dengan kehidupan 'G-Force'nya.

Nurul Izzah dalam mengulas kewujudan Polis Syariah berkata, kewujudan Polis Syariah tidak perlu. Malah kewujudan entiti tersebut hanya akan menambahkan lagi masalah di negara ini memandangkan PDRM sepatutnya lebih memberikan penekanan dan tumpuan kepada jenayah-jenayah berat.

Bagi Nurul Izzah yang telah dipublisitikan sebagai BAKAL PERDANA MENTERI WANITA PERTAMA MALAYSIA itu, jenayah-jenayah yang dilakukan oleh lunatic agama, mahupun ahli-ahli politik, bukannya jenayah yang perlu dibendung dan dibanteras. Malah bagi Nurul Izzah juga sebarang perbuatan sabotaj negara dalam apa juga bentuk membabitkan pemimpin politik dan menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia dengan mengganggu gugat keharmonian serta kesucian agama Islam, bukanlah satu kesalahan.

Namun, Nurul Izzah menyembunyikan maksud daripada kata-katanya apabila cuba berselindung di sebalik pertembungan kuasa antara Kementerian-Kementerian serta jenayah berat.

Tentu anda masih ingat bagaimana dia menyokong pemurtadan di kalangan orang Melayu-Islam kerana beranggapan itu adalah Kebebasan Bersuara dan Amalan Beragama di negara ini.

Dan sekarang, sama ada anda boleh berfikir atau sebaliknya, yang nyata Allah Taala sedang menunjukkan kepada kita, inilah sebenarnya maksud PKR ditubuhkan, dan inilah perjuangan yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim yang didalangi oleh Zionis, iaitu menghuru-harakan negara dan umat Islam dengan pelbagai logik seperti mana istilah RAKYAT yang kerap mereka gunakan selama ini.