Isnin, 11 November 2013

17 permohonan kahwin Mut'ah pengikut Syiah di Papar sejak 2010

17 permohonan kahwin Mut'ah pengikut Syiah di Papar sejak 2010
PAPAR: Sebanyak 17 permohonan telah dikemukakan untuk berkahwin secara Mut'ah oleh pengikut Syiah di daerah ini sejak 2010 hingga 2012, kata Mufti Kerajaan Negeri Ustaz Bungsu Aziz Jaafar.

Menurut beliau permohonan tersebut telah dibuat ke pejabat daerah dan tidak melalui jabatan agama Islam kerana tugas dan tanggungjawab pegawai daerah yang boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Namun permohonan tersebut telah ditolak walaupun pegawai daerah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat akuan sumpah itu," katanya ketika ditemui pemberita sempena seminar Akidah dan Ancaman Syiah di Dewan Masyarakat, Papar di sini pada Rabu.

Katanya, fatwa larangan mengamalkan ajaran Syiah di kalangan umat Islam di negeri ini terlalu umum dan menyebabkan ahli-ahli kumpulan ini berusaha untuk menyebarkan ajaran ini melalui pelbagai cara.

"Antaranya termasuklah perkahwinan secara Mut'ah, jalinan perniagaan, parti politik, pusat pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan".

Menurut Bungsu, ajaran Syiah di Sabah belum berada di tahap membimbangkan.

Namun dalam fatwa yang akan datang undang-undang yang berkaitan dengan Syiah akan diperkemaskan bagi menghalang penyebaran fahaman itu.

Berita mula diterbitkan pada: September 19, 2013 07:30 (MYT)


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/17-permohonan-kahwin-mutah-pengikut-syiah-di-papar-sejak-2010-22399?cp

Yang di-Pertuan Agong gesa tangani fahaman Syiah

Yang di-Pertuan Agong gesa tangani fahaman Syiah
JITRA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu semua pihak menggembleng tenaga untuk menangani penyebaran fahaman syiah di negara ini.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Mohamad Baderuddin Ahmad berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan perkara itu semasa beliau menghadap Seri Paduka yang juga Sultan Kedah di Istana Anak Bukit dekat sini semalam.

Katanya Seri Paduka melahirkan kebimbangan terhadap penularan fahaman syiah yang semakin serius di negara ini termasuk di Kedah walaupun penyebaran fahaman itu dilarang di negara ini.

Tuanku Abdul Halim turut menitahkan supaya hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang dikesan menyebarkan fahaman itu yang cuba menghakis pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini, katanya.

Syeikh Mohamad Baderuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di seminar menangani isu Syiah di Malaysia peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Zon Utara, di sini hari ini.

Syeikh Mohamad Baderuddin berkata golongan muda antara mereka yang mudah tertarik terhadap fahaman syiah kerana difahamkan ditawarkan wang ringgit dan lawatan ke luar negara.

"Baru-baru ini ada maklumat yang diterima, ada remaja yang telah menunjukkan kepada rakannya kesenangan selepas dia ikut syiah. Remaja ini tak ada kereta sebelum ini dan bila dia masuk syiah dia dah ada kereta dan kesenangan.

"Umpan-umpan macam ini boleh menawan hati remaja untuk ikut syiah ini. Mereka juga tertawan dengan tarikan nikah mutaah yang memudahkan pasangan untuk berkahwin selain dibawa membuat lawatan ke negara yang dipimpin syiah. Semua ni nak tarik ramai orang masuk syiah," katanya.

Berita mula diterbitkan pada: September 13, 2013 07:44 (MYT)
Tag: Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, syiah

NAK KAHWIN JANGAN CARI YANG SYIAH - MUFTI PERLIS

KUCHING, 17 OGOS 2013 : Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menasihati umat Islam di negara ini yang ingin berkahwin, agar tidak memilih pengikut ajaran Syiah sebagai pasangan hidup.

Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.

"Kita tidak mengharamkan pernikahan tersebut sebaliknya kita melarang dan memberi peringatan agar pasangan terbabit berfikir sedalam-dalamnya jika berlaku masalah dalam  perkahwinan tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Juanda berkata larangan itu juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan diperakui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) November tahun lepas.

"Langkah tersebut bertitik tolak daripada satu kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Perlis melibatkan seorang isteri yang menuntut cerai daripada suaminya iaitu pengikut tegar ajaran Syiah, empat tahun lalu.

"Kes itu masih belum selesai berikutan perbezaan ajaran antara pasangan tersebut sekali gus menyebabkan status perkahwinan wanita yang mempunyai dua anak terbabit ibarat digantung tidak bertali," katanya.

Ditanya langkah yang diambil pihaknya jika pasangan berkeras untuk meneruskan perkahwinan, Juanda berkata pihaknya akan menemu bual pasangan yang mengikuti ajaran Syiah bagi mengenal pasti tahap pemahamannya mengenai ajaran itu.

Mengulas langkah yang diambil untuk menyekat penyebaran ajaran Syiah, Juanda berkata Perlis mengambil langkah awal, antaranya tidak menerima kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran itu.

"Kita telah melihat dan mengkaji bagaimana ajaran Syiah ini tersebar, satu caranya ialah melalui kemasukan pelajar-pelajar dari Iran, Pakistan dan Lubnan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di Perlis tidak menerima mana-mana kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran tersebut," katanya. - Astro Awani

SUMBER BERITA:http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/08/nak-kahwin-jangan-cari-yang-syiah-mufti.html#axzz2kMHaCjKc

[Bongkar] Bos PKR Perlis penganut agama Syiah !!!

[Bongkar] Bos PKR Perlis penganut agama Syiah !!!

Pengarah Pilihan Raya PKR Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri yang baru berkuat kuasa pada pertengahan Oktober lalu setelah menerima surat pelantikan daripada Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Dia merupakan seorang penganut Agama Syiah yang kuat. Mohon diambil perhatian.
Admin dedahkan sumber gambar-gambar tersebut. Ini rujukan Facebook beliau:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=431844939420set%3Da.431844519420.215375.834814420&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=431600514420&set=a.43160025
4420.215192.834814420&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=494835034420&set=a.433623794420.229182.834814420&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=437514184420&set=a.433623794420.229182.834814420&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=451196719420&set=a.451196659420.245751.834814420&type=3

PENDEDAHAN TERBARU: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=280960095354243&set=a.184474698336117.40285.132314510218803&type=1&relevant_count=1




SUMBER BERITA:http://rakyattranung.blogspot.com/2013/04/bongkar-bos-pkr-perlis-penganut-agama.html 

Kegiatan Syiah di Perlis dipantau secara serius BERITA HARIAN

Cetak
KANGAR: Kegiatan Syiah di Perlis akan dipantau secara serius walaupun kegiatan mereka di negeri ini belum ketara, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Khairi Hasan.

Beliau berkata langkah itu perlu bukan sahaja bagi memastikan kegiatan mereka tidak menggugat umat Islam malah bertujuan menghapuskan kegiatan itu.
"Kumpulan sasaran yang akan dipantau termasuk pelajar antarabangsa yang berada di Perlis," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.


Setakat ini hanya lima orang sahaja di Perlis yang ketara terbabit dalam kegiatan Syiah termasuk penjawat awam yang kini berada dalam pemerhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti Perlis, katanya.

Beliau berkata fatwa telahpun dikeluarkan di negeri ini mengharamkan amalan Syiah dan Jabatan Mufti diarah mengemukakan kertas cadangan kepada kerajaan negeri supaya tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka.

Khairi berkata buat masa ini pendekatan yang diambil adalah merampas risalah berkaitan ajaran Syiah yang disebarkan individu tertentu.
Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyebaran risalah Syiah supaya melaporkan kepada JAIPs bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Sementara itu, Khairi berkata MAIPs dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan menganjurkan Wacana Pemantapan Aqidah Islam di Dewan 2020 pada 22 Nov ini bagi mengupas isu semasa termasuk ajaran Syiah dan fahaman lain yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

Dijangka 2,000 peserta termasuk badan bukan kerajaan dan pelajar institusi pengajian tinggi menyertai wacana sehari itu. - BERNAMA
RI