KANGAR 24 Julai - Kerajaan negeri menerusi agensi
pihak berkuasa agamanya sentiasa menjalankan pemantauan rapi bagi
memastikan tidak ada sebarang usaha daripada pihak tertentu
mengembangkan ajaran atau fahaman Syiah di negeri ini.
Perkara itu berikutan fatwa yang diwartakan Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 27 September tahun lalu bahawa
ajaran dan fahaman Syiah bercanggah dan menyalahi ajaran Islam sebenar.
Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr. Juanda Jaya memberitahu,
pemantauan tersebut penting kerana pengikut ajaran atau fahaman Syiah
tidak boleh diberikan ruang menjalankan usaha-usaha mempengaruhi umat
Islam di Perlis.
"Walaupun kedudukan Syiah di Perlis tidak membimbangkan dengan
maklumat diterima jumlah ahlinya tidak melebihi lima orang, pemantauan
ke atas usaha untuk mengembangkannya sentiasa dibuat untuk memastikan
pengaruhnya tidak meluas.
"Ini kerana pihak berkuasa pernah merampas buku-buku berkaitan Syiah
dari negara jiran di pintu sempadan," kata beliau dalam sidang akhbar di
pejabatnya di sini hari ini.
Sehubungan itu, kata Juanda, umat Islam di negeri ini perlu
berwaspada dengan percubaan golongan tersebut untuk mempengaruhi mereka
menerusi pelbagai cara termasuk penyebaran risalah, buku dan ceramah.
"Pihak berkuasa juga memantau penceramah yang dijemput memberikan
ceramah di masjid-masjid di seluruh negeri bagi mengelak pengaruh Syiah
berleluasa.
"Begitu juga dengan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari
luar negara yang menyambung pengajian di negeri ini bagi mengelakkan
penularan pengaruh Syiah," tambahnya.
Walau bagaimanapun, kata Juanda, hasil maklumat pihak berkuasa, tidak
ada penuntut luar negara di negeri ini yang menjalankan aktiviti
menyebarkan fahaman Syiah.
https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk
BalasPadamSalam
Kepada:
Redaksi dan para akademik
Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan
Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari: almawaddah. info
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan. V